Monday, April 28, 2008

isabella

bismillahirrahmanirrahim..
tuari sdg saya melihat2 kawasan2 yg ada dgn menggunakan carian enjin saya termasuklah ke satu laman jaringan ini..
kisah perbandingan agama antara islam dan kristian..
tapi dalam bentuk cerita..
sangat menarik dan saya mencadangkan anda membacanya juga..
insyallah..saya sertakan sekali laman web tersebut dibwah ini..

ISABELLA
sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian
oleh Maulana Mohammad Saeed
terjemahan Abdullah Hussain
http://masjid.phpbb24.com/forum/viewtopic.php?t=288&postdays=0&postorder=asc&start=0

katakan tidak!!

sedang saya dok usha2 wallpaper..tertiba saya terpandang satu wallpaper ni..
hmm..serabut jugee...tapi menarik..hoohoho.. thanks to www.iluvislam.com

salam

Tuhan, sentuhlah hati sahabatku ini saat DIA JAUH DARI-MU... peluklah hatinya saat DIA MENCINTAI SESIAPA LEBIH DARIMU... peliharalah IMANNYA selalu dan jangan biarkan DIA TERHASUT DGN KESERONOKAN DUNIA YANG SEKETIKA CUMA... banyakkanlah BERISTIGHFAR,BERDOA dan MENANGIS dihadapan ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran....kerana setiap sesuatu datang dr Nya.... KUATLAH SAHABATKU YANG KU KASIHI KERANA ALLAH

Sunday, April 27, 2008

diAmKu



diamku dulu kerana marah
diamku kini kerana tabah
diamku dulu kerana kecewa
diamku kini kerana gembira
diamku dulu kerana benci
diamku kini kerana janji
diamku dulu kerana nafsu
diamku kini kerana tahu dan mahu
diamku dulu kerana sedih
diamku kini kerana sudah letih

diamku bukan bermakna aku lemah
diamku bukan bermakna aku kalah
diamku bukan tanda tewas
diamku bukan tanda lemas
diamku kerana tabah
diamku kerana pasrah
diamku kerana redha
diamku kerana sabar
diamku kerana kasih
diamku kerana rindu

kalau dahulu diam tandanya setuju
tapi kini diamku tandanya keliru
kalau dahulu diam tandanya abai
tapi kini diamku tandanya menilai

jangan biarkan aku terus hanyut,tenggelam,terbang dan melayang dalam diamku sediri
kerana diamku penuh dengan emosi dan sensitiviti
keliru, buntu, marah, rindu, sayang dan benci semunya berpadu
tariklah aku ke arena yang satu
kawasan lapang dan luas
supaya aku boleh berfikir dan bernafas

carilah aku diserata benua dan hulu
kerana disitu terletaknya aku yg dahulu
percayalah aku masih insan biasa

-fahamilah aku kerana aku sedang berusaha memahami perjalanan hidupku-

Friday, April 25, 2008

ingatan

“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat” (Hadis Riwayat Muslim)

Thursday, April 24, 2008

exam oh exam~

hai..exam..exam..
bila musim exam je
smua pun kelam kabut
member ke partner ke
smua tak nampak da..
yg penting
buku..
buku..
buku..
jaga menjaga..dah takde..
kau kau..aku aku..
itulah sikap kita..
cumanya...
kadangkala kita slalu terlupa..
hubungan dgn Allah kene jaga..
supaya maintain sentiasa..
sibuk ke lapang ke..
masa kita dgnNya jgn dilupa..
hubungan dgn manusia pula..
semakin jauh jaraknya..
dan inilah kita..

duhai teman..
tanamkan diri..
kita sebenarnya membawa amanah
dan amanah itu berat
kita memikul tanggungjawab
dan tanggungjawab itu besar..
kerana itu kita harus berusaha..
semampu dan sedaya kita..
bukannya menggangap ia adalah
ujian takdir kita..
sesungguhnya benar..

"Allah tidak akan menolong sesuatu kaum sehingga dia menolong dirinya sendiri"
sebab itu kita harus berusaha..
sehingga ke akhirnya..
tapi jgn pula..
kita terlalai dan terleka..
dgn ujian dunia nan sementara..

temanku,
pernahkah kita terfikir dan terlintas..
perasaan takut kita sebelum ambil exam..
berdebar2..
serius..
fokus..
tapi pernahkah kita terfikir dan terlintas
perasaan kita sblum kita solat..
bila kita menghadap yg Esa..
takutkah kita?
seriuskah kita?
berdebar2 ke?
fokus tak?

fikir2kan..sesungguhnya manusia itu lemah..
dan hanya kepada Allahlah dia mengharapkan bantuan..

semoga perjalanan hidup ini mendapat redhaNya...
wallahu'lam

'Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.' (AL-Baqarah:153)

"Sesungguhnya hari ini adalah satu hari di antara hari-hari Allah, tidak pantas diisi dengan kebanggaan dan keangkuhan. Ikhlaskanlah jihadmu dan tujulah Allah dengan amalmu, kerana hari ini menentukan hari-hari yang akan datang..." [Kata-kata Khalid Al-Walid di tengah-tengah berkecamuknya perang Yarmuk]..