Sunday, April 27, 2008

diAmKu



diamku dulu kerana marah
diamku kini kerana tabah
diamku dulu kerana kecewa
diamku kini kerana gembira
diamku dulu kerana benci
diamku kini kerana janji
diamku dulu kerana nafsu
diamku kini kerana tahu dan mahu
diamku dulu kerana sedih
diamku kini kerana sudah letih

diamku bukan bermakna aku lemah
diamku bukan bermakna aku kalah
diamku bukan tanda tewas
diamku bukan tanda lemas
diamku kerana tabah
diamku kerana pasrah
diamku kerana redha
diamku kerana sabar
diamku kerana kasih
diamku kerana rindu

kalau dahulu diam tandanya setuju
tapi kini diamku tandanya keliru
kalau dahulu diam tandanya abai
tapi kini diamku tandanya menilai

jangan biarkan aku terus hanyut,tenggelam,terbang dan melayang dalam diamku sediri
kerana diamku penuh dengan emosi dan sensitiviti
keliru, buntu, marah, rindu, sayang dan benci semunya berpadu
tariklah aku ke arena yang satu
kawasan lapang dan luas
supaya aku boleh berfikir dan bernafas

carilah aku diserata benua dan hulu
kerana disitu terletaknya aku yg dahulu
percayalah aku masih insan biasa

-fahamilah aku kerana aku sedang berusaha memahami perjalanan hidupku-

No comments: