Tuesday, July 22, 2008

ketika..

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

9 mimpi rasullulah

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami impi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB ENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri did alam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANGI KHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cu ba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Saturday, July 12, 2008

masa itu cinta

salam..
saya pernah tringat ada sesorg bg saya perumpamaan ini..
MASA ITU CINTA
mula2..gelak2 gak..
iyelah..ada ke dia kata masa itu cinta..
kalau dului..pernah gak kita dgr masa itu emas..masa itu pedang..masa itu nyawa
hmm..tapi kalau tgk dgn skrg,saya setuju dgn kata2 masa itu cinta..
sbb anak muda skrg sering terlibat dgn cinta...
mungkin zaman dulu..emas itu berharga..(skrg tak berharga ke?org kurang pandang kot..) dan zaman para nabi..pedang merupakan pembantu mereka..tapi skrg org pandang cinta..kalau nyawa mat rempit pun tak sygkan nyawa..
hahah..sbnrnya..sya bukan pengulas yg bagus..erkk..kalau rasa konpius..jgn amek contoh2 ni..yg penting ingtlah..masa itu cinta..boleh ulas sndri kot sgn satu ayat ni je..huuh..anyway
kualiti is important than kuantiti..
betul tak?
so i need my kualiti time with my family...=)
na shledanou..
wslm..

Monday, July 7, 2008

buku..buku..

assalammualaikum...
post kali ni utk junior yg nak dtg czech
tapi tak tau nak beli buku apa sblum flight ke sni
maybe gambar2 buku ni boleh tolong korang dapat idea bentuk buku yg korang nak beli nnti
kitaorg beli kat Kamal Bookstore,murah sket
tapi tak smua dalam gambar ni korang boleh dpt kat msia
ada yg kne beli kat sni..
so baca caption kat bawah gambo betul2..
oh ya..buku2 ni gak yg korang perlukan utk exam..
please..study hard for the exam..
huhu...rami terperangkap kat negara ni lagi gara2 exam..
please be prepare..
bukan nak takutkan..
but itulah fakta...=)
anyway..enjoy..tgk gambar2 buku ni..


ANATOMY



okay...kat atas ni ada banyak buku kan?tapi yg korang boleh beli kat msia dua je..
netter atlas(wajib gak..) ngan clinical anatomy(tak wajib..suggestion sbb dia byk ajar pasal clinical part..so kalau presentation atau exam ttg clinical leh gak gne dari buku ni...membantu gak laa..but not enough) yang lain2 tu...memang kne beli...tapi kat sni...yg tiga atas kecik tu..kalau korang beli satu2 mahal gak laa..dlm 1500 Kc, tapi kalau beli skali 3..ada diskaun..jgn risau laa..memang laa gne buku2 ni...kalau korang rasa banyak...boleh beli sikit2 dlu...up to u guys



ok..yg ni smua buku czech..tapi sgt2 guna especially dalam exam slide sbb gambar2 kebanyakkannya diorg amek dr sni..sebabnya bukuni smua proffesor universiti yg buat..tu sbb amek gambo dari sni..yg ni takyah beli pun takpe..bole pinjam dari libry je..ttg library kita bincang nnti..tapi kne cepat2 laa..slalunya cepat habis...takyah beli kot..bazir gak..kalau korang bijak..pinjam laa senior2 yg ada..(tapi saya takde..hehe =p)

HISTOLOGY





yg tiga atas ni...untuk histology
so yg 1st tu de'fiore..tu membantu dalam slaid laa..especially kalau nak kenal cells dan segalanya yg ada dalan tubuh badan..ni terpulang laa..kalau nak beli ok..kalau taknak pun takpe..(tapi mmg membantu laa...sbb susah woo nak kenal slaid2 kat mikroskop tu)

yg 2nd junquiera- haa..yg ni wajib kot korang beli...90% smua pakai ni (lagi 10% tu notes dari praktikal dan lecturer..wajib pergi beb..kalau tak takleh nak jawab sbb biasanya takde dlm buku ada dlm lecture..smua dia tny)..ibaratnya kalau nak lulus exam tu...(lulus ye..bukan excellant)kne laa telan satu buku ni sbb majority smua professor hafal buku ni..so..kalau takde kat msia..kat sni ada..cuma mahal sket kot

yg ketiga tu utk belajar embryology-lepas habis histology blajar embryology..ada 2 buku sbnrnya..satu lagi buku MOORE- BEFORE WE ARE BORN yg ni takde lak gambo dia..sorry ye...tapi dua2 pakai laa kot..ikot korang nak pakai mana..tapi penting smua ni..berguna2...

smua buku ni boleh beli kat sni sbnrnya..ikut kamu smua laa..kalau rasa beg tu muat utk isi buku2 yg teramatlah gajah beratnya..belilah kat msia..murah sket.sbb sni smua original paper..mahal laa sket..tapi kalau rasa nak simpan space beg tu utk isi benda lain boleh gakk beli disni..nnti kami leh tunjuk kedai tu..dekat je ngan fakulti..

tapi kalau nak beli kat msia..pastu nak pos ke sni..bole laa mintak alamat saya..sbb saya ada kat czech lagi..boleh laa menerima bg pihak korang...hehehe..
kalau nak pos makanan pun dialu-alukan..=D

oklah..kalau ada apa2 lagi..boleh laa tanya nnti..ttg buku2 lain beli kat sni je..sbb memang kne beli sni pun...buku2 kat atas ni je yg ada pilihan utk beli kat msia..

eh ada lagi..kat sni susah kot nak jumpa kertas kajang..kalau A4 kosong tu adalah..kalau line2 hmmm...kne cari kot kat kedai PAPIRNICTVI...

hmmm..nampaknya dah panjang menjela2 dah...oklah...just bgtau kalau ada benda2 nak tny..ni kat bawah ada email saya..insyallah..kalau laa tak berapa nak sibuk..saya try bgtau seboleh mungkin...

nahar_hanz@yahoo.com

~wakil praha,CZ~