Friday, November 30, 2007

asking or questioning

bismillahirrahmanirrahim...

saya keliru,adakah saya bertanya atau saya mempersoalkan..pertanyaan saya mengenai khuf dikatakan sbg mempersoalkan ttg khuf.mungkin pada dasarnya ia sama sahaja tapi andai difikirkan semula dua perkataan ini membawa maksud yg jauh berbeza. adakah pertanyaan saya mengenai khuf membawa padah yg besar?saya ahanya ingin bertanya ttg cara sebenar utk melakukan khuf bukan saya ingin mempersoalkan ttg cara khuf. astaghfirullah tidak terlintas langsung dalam fikiran saya utk mempersoalkan cara melakukan khuf, saya hanya ingin bertanya cara utk melakukan khuf supaya solat saya lebih sempurna dan tiada keraguan dalam diri. bukankah solat yg sempurna bermula dgn wuduk? alagkah sedih rasa dihati apabila niat baik saya diragui dan disalah anggap.

bukannya saya mahu menjadi antara org yg memporak perandakan agama apatah lagi menjatuhkan islam.nauzubillah.

saya cuma mengharap agar saya menambahkan sbarang kekurangan dalam diri saya sekaligus belajar mendalami islam. saya hidup di bumi yg terlalu minority umat islamnya maka kami akan kemana-mana tempat kosong yg ada utk solat. sebab itu saya berharap agar saya dapat menyempurnakan solat dgn sepenuhnya dan permulaannya adalah wuduk. kami ada surau kecil yg pada asalanya adalah sebuah kedai untuk mengambil wuduk yg sempurna. namun perjalanan yg mengambil masa hampir 20 minit dari fakulti menyukarkan kami utk pergi ke sana apatah lagi selang kelas yg terlalu kecil. hal ini menyebabkan saya dan rakan2 memilih utk solat difakulti dan mengambil wuduk dengan melaksakan khuf. pernah seketika sehingga kini disebabkan kami selalu mengambil wuduk disingki dan sering membasahkan lantainya, toilet yg kami guna dikunci. bukankah sedih apabila hanya soalan kecil yg saya utarakan dikatakn sebagai peruntuh agama..ya ALLAH sungguh, saya tak terfikir sehingga bergitu..

tolonglah, fahamilah keadaan saya..kami terlalu kecil, dan bilangan golongan islam terlalu sedikit. kini, saya hanya ingin meminta bantuan yg mudah sahaja dan saya tiba2 disamakan dgn keadaan bani abbasiyah. sedih hati saya apabila dikatakan bergitu. andai anda ditempat saya maka anda akan faham situasi yg saya alami sehingga saya meminta pertolongan.

tidak mengapa mungkin ilmu saya terlalu cetek sehingga saya sangka soalan ini merupakan soalan biasa tanpa saya memikirkan impaknya kepada agama.

maafkan saya andai saya bertanyakan soalan yg salah..semuga ALLAH membantu saya disini dan saya berdoa memohon petunjukNYA..
amin..insyallah..

wassalam

Sunday, November 25, 2007

hati ini..

Truly in the heart there is a void that can not be removed except with the company of Allah. And in it there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah and being true to Him. And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him. And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.
Ibn al-Qayyim al-Jawziyya

p/s:dedicate from kak sharifah

bidadari

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...
Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna...
Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita.
Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samara (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi.
Buat diri-diri yang masih berstatus kabur (in relationship/ its complicated?), muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA.
"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"
~Menunggu untuk dijemput. Walau ku bukan bidadari.~

Monday, November 19, 2007

kepada teman bernama "wanita"

Seberkas Sinar :

"Jangan lemah dan jangan bersedih kerana engkau yang paling mulia"

Mutiara : Agar Engkau Menjadi Wanita Tercantik Di Dunia

Segala bencana, meski beruntun
disusul jalan keluar yang dekat

Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari,
akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi,
tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama,
dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan,
keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah,
sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa,
sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah
saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia,
meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan,
tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki.

Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat,
dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam.
Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Kemilau Cahaya:
"Di setiap relung kehidupan ada kegelapan. Tiada pilihan, kecuali menyalakan lentera dalam jiwamu."

Dr. 'Aidh Al-Qarni : Kiat menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat

poem for u

I knelt to pray but not for long,
I had too much to do.
I had to hurry and get to work,
For bills would soon be due.
So I knelt and said a hurried prayer,
And jumped up off my knees.
My Muslim duty was now done,
My soul could rest at ease.
All day long I had no time,
To spread a word of cheer.
No time to speak of Allah to friends,
They'd laugh at me I'd fear.
No time, no time, too much to do,
That was my constant cry,
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.
I went before the Lord,
I came,
I stood with downcast eyes.
For in his hands God held a book;
It was the book of life.
God looked into his book and said,
"Your name I cannot find.
I once was going to write it down...
But never found the time"

nauzubillah...


p/s: dedicated from a "friend" to a "friend"

hati dan perasaan ini

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

sifat manusia..

"sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. dan apabila dia mendapat kebaikan dia lupa. Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya."

surah al-ma'arij, ayat 19-22

Thursday, November 15, 2007

perkahwinan?

saya menyelak kembali artikel-artikel lama di saifulislam.com dan akhirnya saya rasa tertarik dengan kata-katanya



"Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin.
Kerana rumahtangga bukan utopia Cloud 9. Ia adalah kombinasi suka dan duka.
Namun dalam derita tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia."


sekadar ingatan buat saya yang berada diperantauan ini...agar mereka tahu sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita semua..insyallah..

Wednesday, November 14, 2007

ciptaan Ilahi

indahnya ciptaan ilahi..ku kagum dengan kebesaranNYA..Maha Suci Engkau Ya Allah, kejadianMu sungguh sempurna..
ini di Zoologika Zahrada..

Monday, November 12, 2007

cinta besulam noda

Di malam sepi kusujud menghadap-Mu Mengharap maghfirah dari-Mu Oh Tuhan Yang Esa Kucemari hidup dengan kesesatan Membutakan hati yang sering terleka Terasa jauh diriku dari Tuhan Dengan godaan syaitan Kutahu Dialah penerima taubat Walaupun kusering tinggalkan suruhan Berilah kesempatan ini untuk berubah Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan Terimalah permintaan dariku hamba yang hina Kusering berjanji namun sering kumungkiri Janji yang tak pernah lagi kutepati Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran Andai esok nafasku terhenti di sini Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu

Sunday, November 11, 2007

sesungguhnya ALLAH itu Esa

bismillahirrahminirrahim...

surah 23:91

"Allah tidak mempunyai anak, dan tidak ada tuhan lain bersamanya, (sekiranya tuhan banyak), maka masing-masing tuhan itu akan membawa apa (makhluk) yg diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yg lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu"