Wednesday, December 19, 2007

tangisan dalam senyuman


sungguh saya tidak faham...kenapa saya sering ditipu oleh org yang saya percaya..penat rasanya andai saya harus mengalaminya berulang-ulang kali..sungguh, kecewa saya dgn keadaan skrg kerana saya harus melaluinya lagi..


saya selalu mengatakan saya gembira dgn kehidupan skrg..tapi saya tak pasti adakah saya berkata benar atau sekadar memujuk diri yg sudah hampir layu dan patah..


andai mahu dikira berapa liter titisan air dari lacrima sac,sudah tentu saya tak mampu utk menimbangnya..apakah yg saya harus lakukan?saya kebuntuan..ingin saya luahkan,namun pengalaman dikhianati kepercayaan menyebabkan saya takut utk melakukannya lagi...sedih kerana ketiadaan keyakinan dlm diri..bukanlah saya tidak pernah yakin pada diri saya..malah saya pernah yakin dgn smua teman2 saya..namun,itu hanya sekadar kisah lama..mungkin saya yang bersalah,sehingga saya kehilangan teman berbicara..namun apakan daya, saya hanya manusia biasa yang penuh dengan kekurangan dan sering melakukan kesilapan..


yang saya mohonkan secebis kekuatan dari Ilahi, secubit keyakinan dalam diri, dan sinaran iman didalam hati...


"Ya Allah,sesungguhnya aku bermohon padamu kerana aku adalah hambamu yg lemah,penuh kekurangan dalam diri..Ya Allah,bantulah aku dalam perjuangan ini,kerana aku hampir tersungkur di lautan yg sepi..aku semakin jauh dariMu,maka bantulah aku kembali kepadaMu..hanya engkaulah Ya Allah tempat aku meluahkan rahsia hati yang penuh dengan pelbagai perasaan ini...Ya Allah tidakku terdaya lagi..Menahan dugaan yang mencabar ini..Terasa bagai noktah telah kutemui..Mengakhiri segala yang telah aku mulai..Ya Allah engkau lindungilah aku..Bekalkanlah daku dengan limpahan iman..Agar tabahku menghadapi dugaan..Agar tidakku berhenti di pertengahan..amin"

Tuesday, December 18, 2007

quote for today

"I wish I was like you, Grissom. I wish I didn't feel anything."
--Sara Sidle