Saturday, May 31, 2008

amarah itu bahaya

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang

Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. salam exam buat smua..smoga Allah membantu memudahkan segala perkara"

ya Allah aku mengadukan kepada Mu lemahnya kekuatan diriku, sangat terbatasnya kecerdasanku dan kehinaan diriku atas manusia, dengan rahmat Engkau ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam.
engkaulah Tuhan Pemelihara sekalian orang-orang dhaif, Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan aku, kepada orang asing yang mengusirku atau kepada musuh yang menguasai urusanku. tetapi meskipun demikian aku redha asal saja Engkau tidak memurkai aku. KemaafanMu lebih besar, dari dosaku, aku meminta dengan Nur Zat Mu yang menerangi semua kegelapan dan dengannya menjadi baik urusan dunia dan akhirat, semuga aku tidak tertimpa kemurkaanMu dan AzabMu. BagiMu smber keredaan, sehingga Engkau redhai aku. Tidak ada daya dan kekuatan hanya dengan engkau.

jangan sombong dgn ilmu

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat

kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.

Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam

agar tidak banyak bertanya ketika dia

sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian

digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di

dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu

mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia

berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata

Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula

memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam

perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur

pendayung sampan.


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya

Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu

dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari

mendayung

sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu

hanya menggelengkan

kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu

bertanya lagi, "Kamu

tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan

kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari

usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan.

Kamu dah kehilangan

50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu

masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan

kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75

peratus dari usia

kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak

tahu.Seluruh usia kamu

dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor

itu dengan nada

mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya

berdiam diri.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.

Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu

dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan

pendayung sampan terpelanting. Sempat pula

pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa

kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang

menuju ke pantai.



Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh

menjamin kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak

tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya

orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya

dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak

ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER"

dalam bidang yang diceburi.


Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan.. .

Thursday, May 29, 2008

20 tahun

astagfirullah -

andai ditanya pada mata
mata akan menangis
andai ditanya pada mulut
mulut akan membisu
andai ditanya pada telinga
telinga tidak mendengar
andai ditanya pada tangan
tangan terkaku tidak bernyawa
andai ditanya pada kaki
kaki akan melangkah pergi
jangan ditanya pada hati
kerana hati itu rapuh
jangan ditanya pada akal
kerana akal itu nipis
jangan ditanya pada iman
kerana iman itu lemah...

kerna itu
aku masih lagi mencari diriku


Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri, mereka itulah orang yang fasik." (Surah al Hasr, ayat 19)

short story

Here is a short story with a beautiful message...

Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter, "Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."

The little girl said, "No, Dad. You hold my hand."

"What's the difference?" Asked the puzzled father.
"There's a big difference," replied the little girl.

"If I hold your hand and something happens to me,
chances are that I may let your hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...
This message is too short......but carries a lot of Feelings.
So, Hold the Hands of your Loved Ones No Matter What Happens do not let it go

Wednesday, May 28, 2008

pulau batu putih

"Sayapun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysiani saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padangbola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padangbola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.

Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.






Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.

Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasanpenghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aje."

Olehorangjohorlama

p/s: ni artikel bukan saya yg buat..tapi ada org lain yg buat..

'anakjatijohor'

al-insan

Rasulullah SAW bersabda : "Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat". [Silsilah Hadits Shahih No. 2276]

Friday, May 23, 2008

alhamdullilah

sepanjang2 minggu ini..terlalu banyak khabar gembira yg saya trima dan hanya satu khabar sedih yg saya alami..namun sifat manusia yg lemah menyebabkan saya hanya memikirkan khabar sedeh dan melupakan khabar gembira yg lain..
ya Allah...sesungguhnya saya manusia yg tidak tahu bersyukur..
namun bila hari ini saya menerima khabar gembira yg saya nntikan tiba2 saya terreflex smula..

"ya Allah..terlalu banyak khabar gembira yg kau sampaikan..terlalu hebat nikmat2 yg ko berikan...namun aku slalu lupa.ya Allah, jgnlah kau biarkan khabar gembira ini menyebabkan aku menjauhimu,melupakanmu,angkuh dgn nikmatmu dan sombong dgn kejayaanku..ya Allah biarlah kegembiraan ini menambahkan lagi rasa kehambaanku, memperlihatkan lagi kebesaranmu dan mendekatkan lagi diriku denganMu..hanya engakau ya Allah yg aku sembah dan hanya engkau Ya Allah tempat aku memohon pertolongan..amin~~"

Saturday, May 17, 2008

selamat hari ibu

to my beloved mother, nothing can be said as ur love are too wordless...
i love you even i never told you that..
all i need is your restu and redha..
thank you for being my mother,
take care of me,
sorry for every little thing i had done..
miss u mom..

you come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly

the minute i heard my first love story, i started looking for you, not knowing how blind that was. lovers don't finally meet somewhere. they're in each other all along.
-Maulana Jalalu'ddin Rumi-

you don't marry someone you can live with, you marry the person who you cannot live without

the greatest weakness of most humans is their hesistancy to tell others,
how much they love them
while they're alive
-O.A. Battista-

a part of you has grown in me.
and so you see, its you and me
together forever and never apart,
maybe in distance, but never in heart
-anonymous-

true love cannot be found
where it truly not exist
nor can be hidden where it truly does
-anonymous-

love is like a mountain, hard to climb,
but once you get to the top, the view is beautiful.

Thursday, May 15, 2008

aku ingin

(tak tercapai tanganku)

Aku ingin
Menjadi pewaris nabi
Tapi kalau nabi melihatku
Bertambah sedihnya

Aku ingin
Menjadi pendamba syurga
Tapi kalau dinilai amalku
Terkatup pintunya

Aku ingin
Menjadi pejuang agama
Tapi kalau begini usahaku
Luluh harapannya

Aku ingin
Menjadi pemuja Tuhan
Tapi kalau bukan Dia di hati
Terbuanglah aku

14 Mei 2008 (7.50 pm)
King's College London
lakaran ilham mohd waqiyuddin abdullah pada 11:42

About the writer
Mohd Waqiyuddin Abdullah is the Head of Linguistic Exco in ISAC Studio. Living in the heart of London, he is actively writing poems in his blog and currently received an invitation by GRUP Karyawan Luar Negara to contribute in the coming publication. A very talented writer and poet. Visit his blog »

Saturday, May 10, 2008

pengenalan pendek

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

cerita yg disampaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI
KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak
pengetahuan dan manfaat untuk kita,
insya Allah... Bila Paderi Terpaksa
Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja
menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah
seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan
dia mampu mendalaminya. Selain
belajar,
dia juga seorang jurudakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan
dengan salah seorang Nasrani. Hubungan
mereka semakin akrab, dengan harapan
semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah
masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-
jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah
gereja yang terdapat di kampung
tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut
masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan
akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam
gereja dan duduk di salah satu
bangku
dengan hening, sebagaimana kebiasaan
mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak
berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si
paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di
tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini." Pemuda
Arab itu tidak bergerak dari
tempatnya.
Paderi tersebut mengucapkan perkataan
itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga
akhirnya paderi itu berkata, "Aku
minta dia keluar dari sini dan aku
menjamin keselamatannya." Barulah
pemuda
ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya
kepada sang paderi, "Bagaimana anda
tahu
bahawa saya seorang Muslim?" Paderi
itu menjawab, "Dari tanda yang
terdapat
di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.
Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan
beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan
sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda
Muslim
itupun menerima tentangan debat
tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan
kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. " Si
pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"

Sang paderi pun mulai
bertanya, "Sebutkan satu yang tiada
duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada
empatnya, empat yang tiada limanya,
lima
yang
tiada enamnya, enam yang tiada
tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu
yang
tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang
tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang
tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas
namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan
membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia
tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu
yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah
dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap
ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan
dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda
itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.

Setelah membaca "Bismillah..." dia
berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah
s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam
dan Siang. Allah s.w.t.
berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai
dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).


-Tiga yang tiada empatnya adalah
kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh
seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir
roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah
Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat
lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah
Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah
Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan
tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan
Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah
Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah
s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-
malaikat berada di penjuru-penjuru
langit.
Dan pada hari itu delapan orang
malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di
atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah
mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang
bercahaya, angin topan, musim
paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh
ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat
kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah
jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya
ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah)
ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu
itu dengan tongkatmu." Lalu
memancarlah
daripadanya dua belas mata air." (Al-
Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya
ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun
tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu
subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah
Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke
dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi
Yusuf, yakni ketika mereka berkata
kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala." Setelah kedustaan
terungkap,
Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada
cercaan terhadap kamu semua." Dan
ayah
mereka Ya'qub berkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun
tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya
sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa
bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing
Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api
adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari
api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan
selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah
Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang
terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan
dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah
s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita
itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting
setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di
bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun,
Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang
lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub
mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak
pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya
dan meminta kepada paderi agar
menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan
ini
disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci
surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi
menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun
berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah
melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan
semuanya
dia jawab, sementara dia hanya memberi
cuma satu pertanyaan namun anda
tidak
mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh
aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin
keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah:
Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang
hadir di gereja itu terus memeluk
agama
Islam. Sungguh Allah telah
menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka
dengan Islam melalui tangan seorang
pemuda Muslim yang bertakwa.

air sembahyang

" AIR SEMBAHYANG "


1. berkumur

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. membasuh muka

"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. membasuh tangan kanan

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .


4. membasuh tangan kiri

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".

Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .


5. membasuh kepala

"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. membasuh telinga


"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. membasuh kaki kanan

"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. membasuh kaki kiri

"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Friday, May 9, 2008

fikirkan..fikirkan



bismillahirrahmanirrahim..
setelah beberapa minggu..dah terlalu lama saya ingin menulis sesuatu disni..namun kesempatan yg ada tak membenarkan saya meneruskan hasrat dihati..
akhirnya hari ini saya berusaha melakarkan sesuatu diblog yg serba pelik..

cerita I
beberapa minggu yg lepas,pengalama saya berbual dgn org tak dikenali di dalam metro cukup membuatkan saya berfikir2 akan kehidupan di luar negara..pada hari itu saya dan sahabat2 baru balik dari kelas.sedang saya duduk tiba2 ada sepsang suami isteri yg sedang bertanya dgn penduduk tempatan tentang sebuah tempat..saya menoleh ke arah mereka sambil meleparkan senyuman ke arah isterinya..setelah bebrapa kali saya tersenyum akhirnya isteri tersebut bersuara
"u know english?"
"yes"
"can u tell me how to go to Vlatavska?"
"oh...u just have to.......(cerita arah)"
"where are u come from?"
memandangkan saya sedar dialek mereka bukan spt warga tempatan..
"oh, israel" terkedu sebentar saya di situ..
"and u?"
"oh, i'm from malaysia"
a few minutes later
"ok, u can go to that place from this station"
"is it here?"
"yes"
"ok, thanks you.."
"welcome, see u later"
begitulah kehidupan saya pertama yg saya rasa ada pengalaman unik disitu

cerita II
setelah sampai ke stesen metro Nadrazi Holes'vice, saya dan sahabat menyinggah di kedai zelenina utk beli sayur dan buah2..
tiba2..
"nebby..nebby..sini kejap"
"jap..nak bayar buah ni, kenapa?"
"oh..takpe2..bayar dulu"
.....
"ha..dah..kenapa panggil?"
"cuba tgk ni...(sambil tunjuk ke arah satu poster yg tertampal di tiang berdekatan)"
"astarghfirullahalazim...cabut..cabut"
rupa-rupanya sahabat saya ternampak poster Nabi Muhammad yg seperti dilukis oleh pelukis Denmark di tiang tersebut...kami mengambil keputusan mencabut poster wlpun terdapat beberapa org lain di kawasan berdekatan sambil memandang pelik perbuatan kami..

cerita III
beberapa hari lepas, saya berjalan2 utk pulang ke rumah baru setelah habis kelas(baru pagi tu pindah rumah)saya terpandang beberapa org remaja sini yg berselisih dgn saya..mungkin agaknya saya berpakaian lain dari yg lain dan memandang tepat ke arah mereka..tiba2..
"ptuii.."
saya meraba2 tudung saya dan meletakkan ke hidung...
ya Allah..busuknya..isk3..rupa2nya saya diludah oleh mereka..
ya Allah..sabarkan ajelah..
saya kembali ke rumah dgn otak yg ligat bekerja memikirkan peristiwa tadi..syukurlah saya memakai tudung..hanya sekadar membasuh tudung yg dipakai shj..kalau kene rambut saya...ada kejap lagi berendam dalam bazen kecik kat rumah ni...;)

cerita IV
harini saya ada disecction exam..one of the final exam..tapi saya fail.. kecewa pada asalnya...hampir 30 budak malaysia yg ada kat bumi atheist 59% ni saya sorang shj tak lepas dan perlu merepeat smula..lumrah manusia pasti ada kecewanya dan saya tak terkecuali..namun saya tahu ungkapan alhamdullilahh itu perlu menitip di bibir sentiasa kerana ada hikmah disebaliknya..
ya!saya harus berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dgn Allah..lagipun saya berdoa pada Allah minta yg terbaik utk saya..saya minta ilmu ini akan membawa saya lebih dekat padaNya bukan menjauhkan saya dariNya..saya berdoa agar saya tidak menjadi hamba exam dan ilmu tapi saya menjadi hamba Allah yg berilmu...saya berusaha belajar dan dekat denganNya bukan kerana exam tapi kerana saya makhluk yg kerdil dan lemah,saya perlukan pertolonganNya dan saya tahu Allah sentiasa berikan apa yg hambaNya perlukan dan bukan apa yg hambaMya mahukan kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hambanya..
mungkin Allah nak mempermudahkan urusan saya yg lain2...lepas ni saya boleh terus fokus utk final examinantion...insyaAllah..doakanlah kejayaan saya..

dan sekian shj cerita saya selama berminggu2 ini..say aringkaskan menjadi 1 post shj..mungkin boleh kita fikirkan bersama apa yg saya cuba khabarkan..
wallahua'lam

Sunday, May 4, 2008

ingatan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yg tidak baik, Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorg yg meminta-minta dijalanan.Hari ini sebelum kita mengeluh tentang kehidupn,Fikirkan tentang seseorg yg meninggal terlalu cepat.Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri kita,Fikirkan tentang seseorg yg memohon kpd Tuhan utk diberikan teman hidup. (Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat.)
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

Friday, May 2, 2008

pesananku

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'

..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat..