Monday, November 3, 2008

handle with care,fragile feeling

salam..
selama beberapa minggu ini terlalu byk perkara yg berlaku..
andai mahu di khabarkan sudah pastilah semua masalah ini takkan berakhir sehingga bila-bila..
apa yg di kongsi bukanlah luahan hati kecewa ke marah ke gembira ke puas hati ke atau sebarang perasaan yg sama kawasan dengannya tetapi apa yg dipelajari dari setiap peristiwa yg berlaku dlm kehidupan kita..

mungkin kita seharusnya berfikir apakah punca utama perkara ini berlaku..adakah kerana wang semata2 atau pengurusan yang tidak adil atau kita ada dendam lama yg tidak terlerai..kita asyik menunding jari mencari kesalahan org lain,tapi kita tidak pernah melihat kesalahan kita, memikirkan kenapa mereka membuat salah atau bagaimana utk mengatasinya..

diam bukan bermakna kalah...
diam juga bukan bermakna lemah..
diam itu tandanya sabar..
tapi sedarlah..
selagi dia bergelar manusia..
masih wujud lagi satu perkara yg secara lahiriahnya
sama dlm setiap manusia...
manusia ada perasaan dan hati..
hati itu lembut..
terlalu lembut...
dan tahap kesabaran manusia ada batasnya..
manusia tetap manusia..
sekuat mana pun dia..
setabah mana pun dia..
sepenyabar mana pun dia..
jgn terus diuji dan diuji..

sepatutnya kita melihat sesuatu perkara dan masalah itu dari pelbagai sudut dan aspek..jangan dipandang peristiwa yg berlaku pada masa itu...tetapi pandanglah dan belajarlah bagaimana mahu mengawal dan menghadapinya...
"pengalaman mengajar manusia erti kehidupan"...peganglah ia sehingga anda benar2 faham akan maksudnya...
carilah pengalaman itu dan belajarlah sesuatu darinya..matangnya seseorang itu melalui pengalaman yg dipelajarinya..


"to be or not to be,that is the question"
semuanya terletak pada kita...
ingatlah...seandainya dgn komuniti yg kecil ini dan penuh dgn orang yg dikenali..kita masih tidak mampu menghadapinya..bagaimana pula keadaan kita dgn kehidupan luar yg lebih mencabar..

jgn mengambil mudah semua perkara tetapi jgn mengambil berat setiap benda..
"handle with care.."

2 comments:

Anonymous said...

salam ziarah...
wah, memang mantap post nih...

nahar said...

hahah..jgn laa..malu laa i cenggini..hahah