Sunday, October 28, 2007

pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris Dengan fitnah dan tohmahan menghiris Sehingga terasa diri ini hina Kerana tiada siapa yang sudi membela Kutabahkan hatiku harungi hidup Biarpun tiada siapa yang menemani Keseorangan aku di lautan sepi Ditinggalkan mereka yang aku percayai Namun ku tahu ada hikmahnya Setiap segala yang menimpa diri Kuserahkan segala padaMu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta Kerana engkau MAha Mengetahui SEgala apa yang terbuku di hati Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai Ya Allah engkau lindungilah aku Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan Kini di sini aku berdiri Bersama harapan yang tulus suci Agar terbitlah kembali menteri pagi Setelah malamku berkalut benci

Monday, October 8, 2007

kehidupan perantau

bismillahirrahmanirrahim...
assalammualaikum...

lagi beberapa hari umat islam bakal menyambut hari raya aidlfitri. kalau di Malaysia baru hari pertama berpuasa sudah kedengaran lagu-lagu raya dipasang disetiap corong speaker..lebih-lebih lagi pada waktu ini pasti pasaraya penuh dengan pengunjung yang sibuk membeli belah barang-barang keperluan mereka..namun keadaan itu pasti sukar dirasai di bumi yang terlalu kecil umat islamnya.. terasa bersyukur dilahirkan di Malaysia di mana umat islam merupakan masyarakat majority..

menjadi perantau di bumi ini menjadi semakin sukar apabila di bahu tergalas tanggungjawab yang semakin besar..daripada seorang pelajar di hati mula merasakan tanggungjawab menjadi seorang daie. namun alangkah sedihnya kerana ilmu didada terlalu sedikit untuk berbicara soal agama..terutamnya sering ditanya oleh mereka tentang kehidupan kami sebagai pelajar islam.

apabila kami sekumpulan pelajar Malaysia berjalan di bandar terlalu jelas untuk mengecam kehadiran kami kerana hanya kami yang memakai tudung di kawasan public.belum lagi bercerita apabila kami memakai baju kurung ke kelas..kemana sahaja kami pergi kami pasti dipandang dengan pelbagai pandangan.itulah penangan yang kami terima apabila umat islam terlalu sedikit disini.

namun,hikmahnya....kerana bilangan kami yang terlalu sedikit ini perhubungan umat silam terlalu rapat.apabila kami berjalan di kawasan public tiba-tiba kami diberi salam kerana tudung menjadi pengenalan kami..itulah yang menyebabkan kami terasa begitu terharu dan gembira..benarlah bahawa tudung menjadi identiti khas umat islam terutamnya di sini...

masalah tentang tuduhan "muslim terrorist" sudah pun kami terima..pada awalnya kami berasa sedikit gentar terutamanya di sini masyarakatnya kurang mesra..namun kami terima dengan hati terbuka..tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kami tahu tujuan kami ke sini adalah untuk menjadi pelajar dan sekaligus membetulkan tanggapan mereka tentang islam..

maka itulah yang menyebabkan saya berasa tanggungjawab yang digalas semakin bertambah..sebagai pelajar dan "model islam" memerlukan saya berusaha dengan lebih lagi...insyallah hanya kepada Allah saya mohon agar dikuatkan hati ini dan membantu saya disini agar saya menjadi seorang doktor yang berjaya dan sekaligus iman dihati ini semakin kukuh di sini..

wasalam

Monday, September 3, 2007

noktah atau koma?

assalammualaikum

bismillahirrahmanirrahim...
aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH
dan aku bersaksi bahawa Nabi MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH...

nampaknya saya perlu memberhentikan blog saya buat masa ini memandangkan saya rasa tiada beza antara saya menyimpan sendiri mahupun berkongsi ilmu...blog ini seolah-olah tidak hidup dan hanya pembaziran sahaja...

mungkin jika satu hari nanti saya dibukakan hati utk menulis smula,saya akan hidupkan kembali blog ini..insyallah..

semoga Allah membantu saya memudahkan segala urusan saya...amin

wassalam

Tuesday, August 28, 2007

quran saintifik

subhanallah...
saya baru membaca sedikit buku QURAN SAINTIFIK karya Dr.Danial Zainal Abidin
terlalu banyak ilmu baru yang saya pelajari..sungguh
saya ingatkan mahu berkongsi ilmu yang saya baca..tapi terlalu panjang pula untuk menaipnya..
saya suggestkan sahabat2 sekalian membaca buku tersebut..insyallah..
biarlah terpaksa mengeluarkan sedikit duit yang ada utk menambahkan ilmu yang sangat2 valuable...

buku ini terdapat 5 bahagian..
bahagian pertama tentang cemerlang menguasai 2 ayat
bhg 2 permulaan alam semesta
bhg 3 manusia dan asal usulnya
bhg 4 tujuan dan matlamat hidup manusia
bhg 5 epilog

insyallah...

wallhua'lam

sesal dahulu pendapatan

astaghfirullahalazim....
bismillahirrahmanirrahim....

sehingga saat ini kenangan silam masih lagi menghantui hidup saya...
saya berfikir dan bertanya kepada diri saya sendiri,adakah saya mampu meneruskan perjuangan saya mencari sinaran kehidupan baru yang menuju ke arah keredhaan ilahi...

bukan takdir yang saya ingin ungkitkan malah saya redha dengan takdirnya cuma hati ini terlalu menyesal dengan kesilapan yang pernah dilakukan..dan kesilapan itulah ynag menghantui hidup saya ketika ini..saya mahu melupakannya dan memulakan kehidupan saya yang baru..tapi saya sedar bahawa saya masih lagi tidak dapat melawan pengaruh syaitan..
saya sering bertanya mengapa saya yang perlu mengalaminya..hanya jawapan dari surah al-baqarah yang sering menjawab persolan saya

saya sedar bahawa saya bukan hambanya yang taat..seringkali lalai dan leka dengan nikmat dunia..malahan jujur saya katakan saya hampir tenggelam apabila saya menerima ujianNya..namun Allah masih sayangkan saya..saya tersedar dan ingin kembali kepadaNya cuma saya masih belum kuat sepenuhnya untuk bergerak ke hadapan mahupun selangkah..saya mahu mencuba, hanya kekutan dariNya yang saya mohon..

tiada teman berbicara utk meluahkan masalah yang terpendam menyebabkan saya sering termenung memikirkan kesalahan saya..syukurlah,kerana Allah mahu mendengar rintihan saya wlalupun saya sering melupakanNya..tapi fikiran saya serabut,sungguh2 serabut..kerana saya terbaca sebuah buku yang mengatakan "janganlah kita merintih atau mengadu masalah kita,kita harus menerimanya dengan redha..tapi ada sebuah lagi buku memberitahu "ngadulah segalanya kepada Allah kerana dia Maha Mendengar" menyebabkan saya keliru..

bukan saya tidak suka membaca buku berkaitan agama..tetapi mesti ada yang mengkonpiuskan saya..skejap benda ini,sekejap benda itu..subhanallah..hanya Allah yang tahu bertapa kelirunya saya...kerana saya sedar akan ilmu saya yang terlalu sedikit ini tidak akan membantu saya..


benarlah, bahawa apabila kita melakukan kesilapan menyesal pun tiada gunanya..walau apa pun,saya masih mencari hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku...

saya mahu berubah,berubah ke arah yang lebih baik..hanya buku menjadi penyokong saya..saya ingin berguru untuk meminta nasihat dan pandangan kerana ilmu saya terlalu cetek..tapi saya tidak tahu adakah mereka mahu membantu saya..kerana saya memerlukan seorang guru yang penyabar..kadangkala perkara basic akan saya tanya yang mungkin menyebabkan mereka perlu bersabar untuk menjawabnya..

sesungguhnya saya mahu menjalani hidup yang biasa dan bercirikan islam sepenuhnya..
itulah impian saya..namun kebelakangan ini impian itu hampir2 malap kerana kesilapan yang saya lakukan..saya lari dari realiti..

saya tidak mahu hidup saya terus berada dalam kegelapan dan terumbang ambing seperti kapal yang bergerak tanpa nakoda dan penunjuk arah...

Wednesday, August 15, 2007

Kasih syang Allah S.W.T

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya dia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal ini dilakukan sampai dia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu dia menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukkan ibadahnya selama di dunia,

"Tuhanku,apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayangku, maka hari ini Aku juga membuat engku berputus asa terhadap kasih sayang-Ku" jawab Allah.....

wallahu'alam..