Wednesday, January 23, 2008

tazkirah ringkas


“ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum kafir” (al-imran: 147)

Tuesday, January 22, 2008

5 cara untuk memilih sahabat

Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat. NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama..pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka> mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

mardhatillah..

astaghfirullah..hampir terlupa saya dengan tujuan asal saya mewujudkan blog ini..dan saya tersedar kembali matlamat saya apabila saya membuka file lama saya..nasihat,peringatan dan segalanya tersusun kemas di dalam folder yg telah sekian lama saya tinggalkan..sedih dengan diri ini apabila saya mula sedar yang saya hampir menjauh dari pencipta saya...insyallah saya akan kembalikan semula matlamat saya yang satu ini..kepada sahabat2 yang pernah membantu saya dengan memberikan artikel yg berbentuk nasihat saya mohon agar kalian menghalalkan hak yg diambil...mungkin utk saya menulis sendiri pada waktu ini masih belum pandai bermain tinta..hanya warkah2 lama yg akan saya tampilkan di dalam ini sebagai ingatan kepada saya..insyallah..

~matlamatku yang satu,itulah yang akan ku tuju...redha Allah..~

Sunday, January 13, 2008

buat sahabat


dengarkanlah kerana disitu ada kata-kataku...


Ku biar kalam berbicara

Menghurai maksudnya di jiwa

Agar mudah ku mengerti

Segala yang terjadi

Sudah suratan Ilahi


Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini


Aku telah pun sedaya

Tak melukai hatimu

Mungkin sudah suratan hidupku

Kasih yang lama terjalin

Berderai bagaikan kaca

Oh teman, maafkanlah diriku


Oh Tuhan

Tunjukkan ku jalan

Untuk menempuhi dugaan ini

Teman, maafkan jika ku melukaimu

Moga ikatan ukhwah yang dibina

Ke akhirnya


Aku tidak kan berdaya

Menahan hibanya rasa

Kau pergi meninggalkan diriku

Redhalah apa terjadi

Usahlah kau kesali

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi"
ku mulakan tahun baru dgn penuh berlapang hati..dan aku lepaskan pergi dgn hati yg terbuka..smuga apa yg terjadi menjadi pengajaran buat kita semua..=)

Wednesday, December 19, 2007

tangisan dalam senyuman


sungguh saya tidak faham...kenapa saya sering ditipu oleh org yang saya percaya..penat rasanya andai saya harus mengalaminya berulang-ulang kali..sungguh, kecewa saya dgn keadaan skrg kerana saya harus melaluinya lagi..


saya selalu mengatakan saya gembira dgn kehidupan skrg..tapi saya tak pasti adakah saya berkata benar atau sekadar memujuk diri yg sudah hampir layu dan patah..


andai mahu dikira berapa liter titisan air dari lacrima sac,sudah tentu saya tak mampu utk menimbangnya..apakah yg saya harus lakukan?saya kebuntuan..ingin saya luahkan,namun pengalaman dikhianati kepercayaan menyebabkan saya takut utk melakukannya lagi...sedih kerana ketiadaan keyakinan dlm diri..bukanlah saya tidak pernah yakin pada diri saya..malah saya pernah yakin dgn smua teman2 saya..namun,itu hanya sekadar kisah lama..mungkin saya yang bersalah,sehingga saya kehilangan teman berbicara..namun apakan daya, saya hanya manusia biasa yang penuh dengan kekurangan dan sering melakukan kesilapan..


yang saya mohonkan secebis kekuatan dari Ilahi, secubit keyakinan dalam diri, dan sinaran iman didalam hati...


"Ya Allah,sesungguhnya aku bermohon padamu kerana aku adalah hambamu yg lemah,penuh kekurangan dalam diri..Ya Allah,bantulah aku dalam perjuangan ini,kerana aku hampir tersungkur di lautan yg sepi..aku semakin jauh dariMu,maka bantulah aku kembali kepadaMu..hanya engkaulah Ya Allah tempat aku meluahkan rahsia hati yang penuh dengan pelbagai perasaan ini...Ya Allah tidakku terdaya lagi..Menahan dugaan yang mencabar ini..Terasa bagai noktah telah kutemui..Mengakhiri segala yang telah aku mulai..Ya Allah engkau lindungilah aku..Bekalkanlah daku dengan limpahan iman..Agar tabahku menghadapi dugaan..Agar tidakku berhenti di pertengahan..amin"

Tuesday, December 18, 2007

quote for today

"I wish I was like you, Grissom. I wish I didn't feel anything."
--Sara Sidle