Wednesday, March 19, 2008

salam maulidur rasul

Buat Renungan Bersama

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini..


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -

"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin.....


" Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah..."
Salam Maulidur Rasul, 12 RabiulAwwal 1429H.....

Sunday, March 16, 2008

pemimpin dan kepimpinan

4:138-139

"kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa meeka akan mendapat siksaan yang pedih. (iaitu) orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin. apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah"

~yang ku cari dalam tangisan pasti ku menanti dalam senyuman~

Monday, March 10, 2008

memancing~

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak
pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani
seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh
seekor ikan dan dia segera pemutar
pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut
jorannya supaya mata kail semakin
menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke
darat. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga turut tersenyum
kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampakkan kembali ikan itu ke air.

Eh, apa hal? Kamu memandang
pemancing itu dengan seribu tanda
tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah
tindakannya itu tidak menimbulkan
sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai
oleh ikan itu?

Bolehkan ia menyambung hidup dengan
mulutnya yang terluka atau mungkin
juga isi perutnya
yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami
kesakitan sebelum akhirnya mati.Dengan
mulut yang koyak dan perut yang robek,
dia tentu tidak dapat mencari
makanan,untuk berenang pun mungkin dia
tidak mampu. Dia mungkin disisihkan
oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh
aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangi kamu
hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan
sesekali terus meninggalkannya
begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersama kamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.


Sebab itu apabila kamu merelakan hati
kamu untuk bercinta, seriuslah dalam
tindakan dan keputusan kamu itu, sebab
jika kamu hanya main-main, akan ada
pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa
sakit dan menderitanya ikan menjalani
hidupnya setelah dilemparkan kembali
ke air. Begitulah, alangkah
sakitnya hidup bersama hati yang robek
kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH
menjadikan cinta untuk memberi
keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya
menjalani hidup mereka, tapi tahukah
kamu lebih ramai orang yang
menderita kerana cinta daripada yang
berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun
akan bercinta suatu hari
nanti,peliharalah hatinya dan
rencahilah cinta kamu dengan
kejujuran,kesucian dan keikhlasan
serta dasarkan
cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta
yang begini akan kekal, selainnya
pasti menempuh jalan berliku dan
akhirnya menumpahkan air mata
kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia
untuk berlaku jujur janganlah bercinta
dulu. Jika kamu belum bersedia untuk
setia janganlah cuba-cuba
memberikan hati kepada orang lain.

Sebab perbuatan yang sebegini akan
hanya menghabiskan masa, membazirkan
airmata dan perbuatan kamu itu akan
memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita
usahakan.... Jangan sesekali
memberikan harapan kepada orang
lain,yang mana kita sendiri pun tidak
pasti
akan kesudahannya. .. Jika hari ini
kita melukakan seseorang, suatu hari
nanti kita pula akan dilukai seperti
mana kita pernah melukakan dahulu....

Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan
ada balasannya.. .

Tuesday, March 4, 2008

my way


And now, the end is near;And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.

Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and every highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way

Monday, March 3, 2008

warkah untuk teman




setiap hari aku bermimpi...
akan datangkah 'dia' malam ini..
malangnya,
itu cuma mimpi yang terjadi
disiang hari...

dan setiap masa
aku sering tertanya
perlukah aku mengharapkan
sesuatu yg tidak pasti
kerana jiwa muda
sering tewas
dengan bisikan
alam yg tahu situasi ku ini

namun aku tahu sesuatu
andai itu adalah hak ku
dan itulah rezeki ku..
ditakdirkan buatku
aku tidak harus gelisah
dan aku harus bersabar
kerana aku tahu
aku tidak lagi perlu menanti
sesuatu yg pasti
pada kali ini...