"dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari golongan jin dan manusia. mereka memiliki hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yg lengah" (7:179)
Sunday, June 1, 2008
7 + 14 tahun
alhamdullilah..hari ni genaplah saya hidup selama 7 + 14 tahun kat dunia ni..
andai ditanya kepada saya apakah yg telah saya sumbangkan utk islam selama 7 + 14 tahun ni, akan saya mendiamkan diri..
andai ditanya apakah saya sudah membalas segala jasa kedua ibu bapa saya yg melahirkan dan membersarkan saya, akan saya mengelip-ngelipkan mata..
andai ditanya apakah yg saya dah beri kepada sahabat2 saya, saya hanya mampu tersenyum tawar..
kerana saya tahu tiada soalan yg mampu saya jawab dgn bangganya..
terima kasih ya Allah kerana masih membenarkan saya bernafas sehingga kini
terima kasih Ya Allah kerana sentiasa mengurniakan nikmat yg terlalu banyak buat saya
ampunkan saya ya Allah kerana melanggar perintaMu
ampunkan saya ya Allah kerana terlalu leka dan lalai dgn nikmat dunia Mu
semoga pertambahan umur saya akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan saya
Allah menarik 1 dari saya tapi dia memberikan semula 10 kepada saya..
benarlah
"Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu nescaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuniMu" 8:70
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment