Sunday, October 28, 2007

pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris Dengan fitnah dan tohmahan menghiris Sehingga terasa diri ini hina Kerana tiada siapa yang sudi membela Kutabahkan hatiku harungi hidup Biarpun tiada siapa yang menemani Keseorangan aku di lautan sepi Ditinggalkan mereka yang aku percayai Namun ku tahu ada hikmahnya Setiap segala yang menimpa diri Kuserahkan segala padaMu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta Kerana engkau MAha Mengetahui SEgala apa yang terbuku di hati Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai Ya Allah engkau lindungilah aku Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan Kini di sini aku berdiri Bersama harapan yang tulus suci Agar terbitlah kembali menteri pagi Setelah malamku berkalut benci

Monday, October 8, 2007

kehidupan perantau

bismillahirrahmanirrahim...
assalammualaikum...

lagi beberapa hari umat islam bakal menyambut hari raya aidlfitri. kalau di Malaysia baru hari pertama berpuasa sudah kedengaran lagu-lagu raya dipasang disetiap corong speaker..lebih-lebih lagi pada waktu ini pasti pasaraya penuh dengan pengunjung yang sibuk membeli belah barang-barang keperluan mereka..namun keadaan itu pasti sukar dirasai di bumi yang terlalu kecil umat islamnya.. terasa bersyukur dilahirkan di Malaysia di mana umat islam merupakan masyarakat majority..

menjadi perantau di bumi ini menjadi semakin sukar apabila di bahu tergalas tanggungjawab yang semakin besar..daripada seorang pelajar di hati mula merasakan tanggungjawab menjadi seorang daie. namun alangkah sedihnya kerana ilmu didada terlalu sedikit untuk berbicara soal agama..terutamnya sering ditanya oleh mereka tentang kehidupan kami sebagai pelajar islam.

apabila kami sekumpulan pelajar Malaysia berjalan di bandar terlalu jelas untuk mengecam kehadiran kami kerana hanya kami yang memakai tudung di kawasan public.belum lagi bercerita apabila kami memakai baju kurung ke kelas..kemana sahaja kami pergi kami pasti dipandang dengan pelbagai pandangan.itulah penangan yang kami terima apabila umat islam terlalu sedikit disini.

namun,hikmahnya....kerana bilangan kami yang terlalu sedikit ini perhubungan umat silam terlalu rapat.apabila kami berjalan di kawasan public tiba-tiba kami diberi salam kerana tudung menjadi pengenalan kami..itulah yang menyebabkan kami terasa begitu terharu dan gembira..benarlah bahawa tudung menjadi identiti khas umat islam terutamnya di sini...

masalah tentang tuduhan "muslim terrorist" sudah pun kami terima..pada awalnya kami berasa sedikit gentar terutamanya di sini masyarakatnya kurang mesra..namun kami terima dengan hati terbuka..tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kami tahu tujuan kami ke sini adalah untuk menjadi pelajar dan sekaligus membetulkan tanggapan mereka tentang islam..

maka itulah yang menyebabkan saya berasa tanggungjawab yang digalas semakin bertambah..sebagai pelajar dan "model islam" memerlukan saya berusaha dengan lebih lagi...insyallah hanya kepada Allah saya mohon agar dikuatkan hati ini dan membantu saya disini agar saya menjadi seorang doktor yang berjaya dan sekaligus iman dihati ini semakin kukuh di sini..

wasalam