Monday, April 28, 2008

isabella

bismillahirrahmanirrahim..
tuari sdg saya melihat2 kawasan2 yg ada dgn menggunakan carian enjin saya termasuklah ke satu laman jaringan ini..
kisah perbandingan agama antara islam dan kristian..
tapi dalam bentuk cerita..
sangat menarik dan saya mencadangkan anda membacanya juga..
insyallah..saya sertakan sekali laman web tersebut dibwah ini..

ISABELLA
sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian
oleh Maulana Mohammad Saeed
terjemahan Abdullah Hussain
http://masjid.phpbb24.com/forum/viewtopic.php?t=288&postdays=0&postorder=asc&start=0

katakan tidak!!

sedang saya dok usha2 wallpaper..tertiba saya terpandang satu wallpaper ni..
hmm..serabut jugee...tapi menarik..hoohoho.. thanks to www.iluvislam.com

salam

Tuhan, sentuhlah hati sahabatku ini saat DIA JAUH DARI-MU... peluklah hatinya saat DIA MENCINTAI SESIAPA LEBIH DARIMU... peliharalah IMANNYA selalu dan jangan biarkan DIA TERHASUT DGN KESERONOKAN DUNIA YANG SEKETIKA CUMA... banyakkanlah BERISTIGHFAR,BERDOA dan MENANGIS dihadapan ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran....kerana setiap sesuatu datang dr Nya.... KUATLAH SAHABATKU YANG KU KASIHI KERANA ALLAH

Sunday, April 27, 2008

diAmKu



diamku dulu kerana marah
diamku kini kerana tabah
diamku dulu kerana kecewa
diamku kini kerana gembira
diamku dulu kerana benci
diamku kini kerana janji
diamku dulu kerana nafsu
diamku kini kerana tahu dan mahu
diamku dulu kerana sedih
diamku kini kerana sudah letih

diamku bukan bermakna aku lemah
diamku bukan bermakna aku kalah
diamku bukan tanda tewas
diamku bukan tanda lemas
diamku kerana tabah
diamku kerana pasrah
diamku kerana redha
diamku kerana sabar
diamku kerana kasih
diamku kerana rindu

kalau dahulu diam tandanya setuju
tapi kini diamku tandanya keliru
kalau dahulu diam tandanya abai
tapi kini diamku tandanya menilai

jangan biarkan aku terus hanyut,tenggelam,terbang dan melayang dalam diamku sediri
kerana diamku penuh dengan emosi dan sensitiviti
keliru, buntu, marah, rindu, sayang dan benci semunya berpadu
tariklah aku ke arena yang satu
kawasan lapang dan luas
supaya aku boleh berfikir dan bernafas

carilah aku diserata benua dan hulu
kerana disitu terletaknya aku yg dahulu
percayalah aku masih insan biasa

-fahamilah aku kerana aku sedang berusaha memahami perjalanan hidupku-

Friday, April 25, 2008

ingatan

“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat” (Hadis Riwayat Muslim)

Thursday, April 24, 2008

exam oh exam~

hai..exam..exam..
bila musim exam je
smua pun kelam kabut
member ke partner ke
smua tak nampak da..
yg penting
buku..
buku..
buku..
jaga menjaga..dah takde..
kau kau..aku aku..
itulah sikap kita..
cumanya...
kadangkala kita slalu terlupa..
hubungan dgn Allah kene jaga..
supaya maintain sentiasa..
sibuk ke lapang ke..
masa kita dgnNya jgn dilupa..
hubungan dgn manusia pula..
semakin jauh jaraknya..
dan inilah kita..

duhai teman..
tanamkan diri..
kita sebenarnya membawa amanah
dan amanah itu berat
kita memikul tanggungjawab
dan tanggungjawab itu besar..
kerana itu kita harus berusaha..
semampu dan sedaya kita..
bukannya menggangap ia adalah
ujian takdir kita..
sesungguhnya benar..

"Allah tidak akan menolong sesuatu kaum sehingga dia menolong dirinya sendiri"
sebab itu kita harus berusaha..
sehingga ke akhirnya..
tapi jgn pula..
kita terlalai dan terleka..
dgn ujian dunia nan sementara..

temanku,
pernahkah kita terfikir dan terlintas..
perasaan takut kita sebelum ambil exam..
berdebar2..
serius..
fokus..
tapi pernahkah kita terfikir dan terlintas
perasaan kita sblum kita solat..
bila kita menghadap yg Esa..
takutkah kita?
seriuskah kita?
berdebar2 ke?
fokus tak?

fikir2kan..sesungguhnya manusia itu lemah..
dan hanya kepada Allahlah dia mengharapkan bantuan..

semoga perjalanan hidup ini mendapat redhaNya...
wallahu'lam

'Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.' (AL-Baqarah:153)

"Sesungguhnya hari ini adalah satu hari di antara hari-hari Allah, tidak pantas diisi dengan kebanggaan dan keangkuhan. Ikhlaskanlah jihadmu dan tujulah Allah dengan amalmu, kerana hari ini menentukan hari-hari yang akan datang..." [Kata-kata Khalid Al-Walid di tengah-tengah berkecamuknya perang Yarmuk]..

Monday, April 21, 2008

berehat-rehat

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar
boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum, lembu tu terajang aku. Nasib
baik tak mati.
============ ========= ========= =====
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2
Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang
dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2
Ringgit!!
============ ========= ========= =====
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau
mati lemas? Mana kau tau dia mati
lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam
air!
============ ========= ========= =====
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut
tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam
jer....
============ ========= ========= =====
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa
masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam
apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah
habislah!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku tengok kau beberapa hari
ini "candle light dinner" dengan bini
kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku
dah kena potong lah, lupa nak bayar
bil elektrik!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat
Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang
ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...
============ ========= ========= =====
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau
makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena
banyak berlatih agar dapat Batuk
dengan lebih baik lagi.
============ ========= ========= =====
SAM: Dah dua kali perompak yang sama
datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,
jangan pasang signboard "SILA DATANG
LAGI"...degil!
' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'
*Hukamah*

Tuesday, April 15, 2008

bismillahirrahmanirrahim

Baginda membaca di dalam doanya:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا

Yang bermaksud: Tuhanku! Jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di bawahku suatu cahaya, di depanku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya

Monday, April 14, 2008

hobi kita pada masa kini??

apa hobi rakyat malaysia?

Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Remaja
Bacaan ringan yang merosak minda

Habis apa dia hobi mereka?

Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allahtaala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebihmasa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan
manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja

Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala

Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tunjuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala

Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka

Apa hobi anda?

Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fawzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna

Sunday, April 13, 2008

antara sabar dan mengeluh

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”

Riwayat al-Hakim

Saturday, April 12, 2008

di atas nama cinta



Tika mata di uji manisnya senyuman
Terpamit rasa menuju harapan
Dan seketika terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singgah perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikkan
Ku sangka keindahannya merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Ternyata bukannya ku hadapinya
Andai bukannya menghukum mereka

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh redhaNya

Serahkah hati ini dengan cinta hakikiki
Sehingga kurasai nikmatNya syurgaNya cintaNya

Friday, April 11, 2008

syukran ustaz erfino dan isteri



tadi saya mengemas2 file saya yang berterabur dalam laptop yg berusia 2 tahun ini..tiba2 saya terjumpa gambar ustaz erfino dan isterinya bersama2 student malaysia di prague..alhamdullilah..kedatanganya ke sini memberi input yang terlalu banyak...ustaz juga menyebabkan saya kembali tersedar akan tanggungjawab diri...syukran ustaz..semoga ustaz dapat hadir lagi ke bumi czech republic ini..kedatangan ustaz dan isteri amatlah kami harapkan...insyallah...

tazkirah 11/04/08

" Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi, Engkaulah tuhan orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini? Kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini, nescaya aku tidak peduli (untuk teruskan perjuangan ini). Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan" - doa Rasulullah SAW ketika dalam perjalanan pulang dari Thaif..

Thursday, April 10, 2008

indahnya wanita

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat
untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari
anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan
penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-
anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat
menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk
melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahawa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya. Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

10 pintu yg wajib ku jauhi

Teman-teman seperjuangan,

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah: Beliau berkata: "ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu...

Pertama : TAMAK DAN BURUK SANGKA

Lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN

Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga : CINTAKAN NIKMAT

Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

Lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.

Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA

Lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam : HASAD DENGKI

Lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah (puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA

Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan : BAKHIL

Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan : TAKABBUR

Lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh : TAMAK

Lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS SEGALA TIPU DAYA MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH

Tazkirah~

Firman Allah swt : "(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar" - Surah An-Nur: 15 . Sahabat2, elakkan diri kita dari menyebarkan berita2 yang tidak pasti kesahihannya, ditakuti kita yang membawa berita bohong.. Hanyati Firman Allah maksudnya "Wahai org2 yg beriman, Jika seseorang yang fasik dtg kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu. - Al Hujurat: 6 .. Wallahua'lam.