"dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari golongan jin dan manusia. mereka memiliki hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yg lengah" (7:179)
Sunday, April 27, 2008
diAmKu
diamku dulu kerana marah
diamku kini kerana tabah
diamku dulu kerana kecewa
diamku kini kerana gembira
diamku dulu kerana benci
diamku kini kerana janji
diamku dulu kerana nafsu
diamku kini kerana tahu dan mahu
diamku dulu kerana sedih
diamku kini kerana sudah letih
diamku bukan bermakna aku lemah
diamku bukan bermakna aku kalah
diamku bukan tanda tewas
diamku bukan tanda lemas
diamku kerana tabah
diamku kerana pasrah
diamku kerana redha
diamku kerana sabar
diamku kerana kasih
diamku kerana rindu
kalau dahulu diam tandanya setuju
tapi kini diamku tandanya keliru
kalau dahulu diam tandanya abai
tapi kini diamku tandanya menilai
jangan biarkan aku terus hanyut,tenggelam,terbang dan melayang dalam diamku sediri
kerana diamku penuh dengan emosi dan sensitiviti
keliru, buntu, marah, rindu, sayang dan benci semunya berpadu
tariklah aku ke arena yang satu
kawasan lapang dan luas
supaya aku boleh berfikir dan bernafas
carilah aku diserata benua dan hulu
kerana disitu terletaknya aku yg dahulu
percayalah aku masih insan biasa
-fahamilah aku kerana aku sedang berusaha memahami perjalanan hidupku-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment