Friday, November 30, 2007

asking or questioning

bismillahirrahmanirrahim...

saya keliru,adakah saya bertanya atau saya mempersoalkan..pertanyaan saya mengenai khuf dikatakan sbg mempersoalkan ttg khuf.mungkin pada dasarnya ia sama sahaja tapi andai difikirkan semula dua perkataan ini membawa maksud yg jauh berbeza. adakah pertanyaan saya mengenai khuf membawa padah yg besar?saya ahanya ingin bertanya ttg cara sebenar utk melakukan khuf bukan saya ingin mempersoalkan ttg cara khuf. astaghfirullah tidak terlintas langsung dalam fikiran saya utk mempersoalkan cara melakukan khuf, saya hanya ingin bertanya cara utk melakukan khuf supaya solat saya lebih sempurna dan tiada keraguan dalam diri. bukankah solat yg sempurna bermula dgn wuduk? alagkah sedih rasa dihati apabila niat baik saya diragui dan disalah anggap.

bukannya saya mahu menjadi antara org yg memporak perandakan agama apatah lagi menjatuhkan islam.nauzubillah.

saya cuma mengharap agar saya menambahkan sbarang kekurangan dalam diri saya sekaligus belajar mendalami islam. saya hidup di bumi yg terlalu minority umat islamnya maka kami akan kemana-mana tempat kosong yg ada utk solat. sebab itu saya berharap agar saya dapat menyempurnakan solat dgn sepenuhnya dan permulaannya adalah wuduk. kami ada surau kecil yg pada asalanya adalah sebuah kedai untuk mengambil wuduk yg sempurna. namun perjalanan yg mengambil masa hampir 20 minit dari fakulti menyukarkan kami utk pergi ke sana apatah lagi selang kelas yg terlalu kecil. hal ini menyebabkan saya dan rakan2 memilih utk solat difakulti dan mengambil wuduk dengan melaksakan khuf. pernah seketika sehingga kini disebabkan kami selalu mengambil wuduk disingki dan sering membasahkan lantainya, toilet yg kami guna dikunci. bukankah sedih apabila hanya soalan kecil yg saya utarakan dikatakn sebagai peruntuh agama..ya ALLAH sungguh, saya tak terfikir sehingga bergitu..

tolonglah, fahamilah keadaan saya..kami terlalu kecil, dan bilangan golongan islam terlalu sedikit. kini, saya hanya ingin meminta bantuan yg mudah sahaja dan saya tiba2 disamakan dgn keadaan bani abbasiyah. sedih hati saya apabila dikatakan bergitu. andai anda ditempat saya maka anda akan faham situasi yg saya alami sehingga saya meminta pertolongan.

tidak mengapa mungkin ilmu saya terlalu cetek sehingga saya sangka soalan ini merupakan soalan biasa tanpa saya memikirkan impaknya kepada agama.

maafkan saya andai saya bertanyakan soalan yg salah..semuga ALLAH membantu saya disini dan saya berdoa memohon petunjukNYA..
amin..insyallah..

wassalam

No comments: