Tuesday, August 28, 2007

sesal dahulu pendapatan

astaghfirullahalazim....
bismillahirrahmanirrahim....

sehingga saat ini kenangan silam masih lagi menghantui hidup saya...
saya berfikir dan bertanya kepada diri saya sendiri,adakah saya mampu meneruskan perjuangan saya mencari sinaran kehidupan baru yang menuju ke arah keredhaan ilahi...

bukan takdir yang saya ingin ungkitkan malah saya redha dengan takdirnya cuma hati ini terlalu menyesal dengan kesilapan yang pernah dilakukan..dan kesilapan itulah ynag menghantui hidup saya ketika ini..saya mahu melupakannya dan memulakan kehidupan saya yang baru..tapi saya sedar bahawa saya masih lagi tidak dapat melawan pengaruh syaitan..
saya sering bertanya mengapa saya yang perlu mengalaminya..hanya jawapan dari surah al-baqarah yang sering menjawab persolan saya

saya sedar bahawa saya bukan hambanya yang taat..seringkali lalai dan leka dengan nikmat dunia..malahan jujur saya katakan saya hampir tenggelam apabila saya menerima ujianNya..namun Allah masih sayangkan saya..saya tersedar dan ingin kembali kepadaNya cuma saya masih belum kuat sepenuhnya untuk bergerak ke hadapan mahupun selangkah..saya mahu mencuba, hanya kekutan dariNya yang saya mohon..

tiada teman berbicara utk meluahkan masalah yang terpendam menyebabkan saya sering termenung memikirkan kesalahan saya..syukurlah,kerana Allah mahu mendengar rintihan saya wlalupun saya sering melupakanNya..tapi fikiran saya serabut,sungguh2 serabut..kerana saya terbaca sebuah buku yang mengatakan "janganlah kita merintih atau mengadu masalah kita,kita harus menerimanya dengan redha..tapi ada sebuah lagi buku memberitahu "ngadulah segalanya kepada Allah kerana dia Maha Mendengar" menyebabkan saya keliru..

bukan saya tidak suka membaca buku berkaitan agama..tetapi mesti ada yang mengkonpiuskan saya..skejap benda ini,sekejap benda itu..subhanallah..hanya Allah yang tahu bertapa kelirunya saya...kerana saya sedar akan ilmu saya yang terlalu sedikit ini tidak akan membantu saya..


benarlah, bahawa apabila kita melakukan kesilapan menyesal pun tiada gunanya..walau apa pun,saya masih mencari hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku...

saya mahu berubah,berubah ke arah yang lebih baik..hanya buku menjadi penyokong saya..saya ingin berguru untuk meminta nasihat dan pandangan kerana ilmu saya terlalu cetek..tapi saya tidak tahu adakah mereka mahu membantu saya..kerana saya memerlukan seorang guru yang penyabar..kadangkala perkara basic akan saya tanya yang mungkin menyebabkan mereka perlu bersabar untuk menjawabnya..

sesungguhnya saya mahu menjalani hidup yang biasa dan bercirikan islam sepenuhnya..
itulah impian saya..namun kebelakangan ini impian itu hampir2 malap kerana kesilapan yang saya lakukan..saya lari dari realiti..

saya tidak mahu hidup saya terus berada dalam kegelapan dan terumbang ambing seperti kapal yang bergerak tanpa nakoda dan penunjuk arah...

No comments: